Wednesday, July 12, 2023

Toba - Hamamatsu

 Rabu 12hb Julai 2023

Hari ini sebelum keluar breakfast dulu di hotel. Breakfast Jepun.



Bersama Owner tempat kami menginap.

Perjalanan pada hari ini jam 9.15am pagi menaiki Ferry ke Toyohashi dan seterusnya drive ke Hamamatsu.


Perjalanan ferri memgambil masa 1 jam dari Toba. Menikmati pemandangan laut membiru yang mendamaikan .






Suasana dalam ferri begitu selesa dan bersih sekali. Tak ramai penumpang, aku bebas meninjau di sekitar feri.



Paling aku puji tandas begitu bersih dan percuma walau dimanapun.



Sampai di Isewan Ferry Terminal kami meyusuri  ikut jalan pantai di Tahara. Di sini bNyak tanaman jagung dan rumah hijau dengan tanaman Melon. Aku singgah di PusT jualN Melon. Terkejut tengok harga melon tertinggi di jual sehingga¥8000@rm2500 utk 5 biji. Sempat makan dan rasanya memang berbeza dengan halus,lembut dan manisnya.






Seterusnya kami meyusuri kawasan kampung masih dengan aktiviti pertanian sehinggalah ke Toyohashi. Sempat melawat ke Yoshida Castle Kuragane dan makan tengahari di restoran Pokhara dengan roti nan specoal.










Lepas makan  melawat pula ke Toyohashi Zoo & Botanical Park. Seronok tengok polar bear, penguin dan anjing laut dari dekat.







Petang jam 4.30 sampai ke Hamamatsu. Check in di Comfort Hotel Hamamatsu. Makan malam dapat makanan halal di Miyaki Halal Food. Kedai orang indon jual baru runcit dan sedia menu masakan indonesia boleh bungkus.








Lepas makan rehat untuk perjalanan esok.

No comments:

Post a Comment