Check out dari Hotel Super jam 9.30am. Kami terus ke Tokyo Station. Sahril kembalikan kereta sewa di Stesen Tokyo. Selesai urusan bayaran termasuk tol sepanjang perjalanan ¥21,000, kami angkut beg ke shopping mall Stesen Tokyo yang besar gila dan padat dengan orang. Memang boleh sesat di sini walaupun banyak kali dikunjungi. Sahril dah banyak kali datang pun sesat. Oleh kerana beg terlalu padat aku beli sebiji beg baru jenama Sansonite ¥35,000@rm1,200.
Beg baru..
Tiba tepat jam 2.48, memakan masa 2jam 27 minit dari Tokyo ke Osaka menaiki Shinkansen berbanding perjalanan biasa dengan kereta lebih dari 7 jam tanpa henti.
Sampai di stesen Osaka kami menaiki teksi. Beratur panjang tapi efisyen perkhidmatannya kerana teksi banyak, tak payah nak tunggu teksi muncul.
Kami check in di Toyoko Inn Shine di Kota Osaka. Walaupun sampai jam 3.15pm kena tunggu jam 4.00pm check in masuk bilik. Kalau jadi member boleh check -in awal. Selesai solat dan rehat sebentar, jam 5.00 pm kami turun untuk jalan2 di Kota Osaka.
Google di GMap stesen Metro Osaka tak sampai 500m dari hotel. Metro Osaka ada 10 Line. Dekat dengan hotel adalah Midosuji Line. Kami naik di M12-Higashimikuni ke M20-Namba dengan tambang ¥290.
Kawasan Dotonbori ini adalah lokasi utama tumpuan beli belah dan makan yang besar dan sentiasa padat dengan pengunjung.
Kami jalan2 cari tempat makan dan cenderahati hinggalah ke malam. Niatnya nak makan Daging Waghyu di sini. Jalan2 jumpalah restoran WGhyu halal. Harga T-Shirt disini mahal ¥2,300 sehelai berbanding Kyoto dan Tokyo ¥1,500 sehelai.
Memang sedap daging wagyu, lembut, halus dan manis.Makan 2 set untuk 4 orang kami bayar adalah ¥24,000@rm700. Selesai makan malam kami pulang menaimi Metro Osaka. Train line ini kami dapati boleh sambung dengan Nankai Line yang menuju ke Kansai Airport.
Sampai di hotel kemas2 beg untuk pulang esok dan istirehat. Jam 5.00 dah kena siap untuk naik train jam 6.00 ke airport esok. Ok...
No comments:
Post a Comment