Muqadimah
Trip Jepun ke Osaka-Kyoto-Tokyo mulai 8hb hingga 16 Julai 2023. Kos kami bertiga saperti berikut:-
1. Return tiket MAS RM 9,150.00.
2. Private Ground Pakej. RM22,650.00
3. Cash in hand. RM 4,000.00
TOTAL. RM35,650.00
Sabtu 8hb Julai 2023
KANSAI AIRPORT OSAKA - KYOTO
Dah siap2 pack beg pakaian dan keperluan untuk 8h7m..
Berangkat ke KL jam 12.00 tengahari dari rumah Kuantan Bkt Istana. Singgah di KFC tol Bentong menikmati lunch.
Sampai rumah KL Sri Petaling jam 4.00 ptg istirehat dulu seblm ke KLIA jam 6.00 ptg nanti.
6.20pm sampai KLIA. Time for check in bagasi dan tukar seat from 32 to 18 row..dah booking awal tapi lupa masa boarding.
Dinner di KLIA foodcourt,terimakasih Sani,Peah dan Rosli hantar kami di KLIA malam ni..
Aerotrain dlm pembaikan. Naik bas ke Gate C.
Pesawat ontime. Dah masuk pesawat jam 9.45pm.
Ahad 9hb Julai 2023
Sampai Kansai Airport jam 5.45 am.Ketibaan kami disambut dengan cuaca hujan renyai. Jam 5.45 dah cerah.
Hari ini dari Airport Kansai, Tour Guide kami Khairil dah siap menunggu ketibaan kami. Dalam perjalanan singgah di kedai serbanika Lawson, yang banyak dilihat selain Family Mart,minum kopi dan ke toilet. Kopi sejuk ¥147 bayar pakai note ¥1000 baki diberi semua wang syiling. Payah pulak nak belajar kenal wang ¥.
Hotel check in jam 3.00 pm. Kami gunakan masa menjelajah ke tempat- tempat menarik di Kyoto .
Tempat pertama kami kunjungi sudah tentu Hutan Buluh Araisyama. Cuaca redup dalam suasana hutan buluh sungguh mendamaikan. Pagi lagi dah ramai pengunjung. Tempat ini memang cantik,buluh tumbuh tinggi satu pokok ke satu pokok, tak macam tempat kita tumbuh dalam rumpun. Banyak temple di sini tapi kami tak masuk.
Lokasi seterusnya Jambatan Togetsukyo. Hujan renyai2 iringi lawatan kami disini. Cantik air jernih, boleh naik boat lihat kawasan sekeliling. Sayang kami kesini bukan musim bunga sakura, kalau tidak dapat lihat pemandangan indah.
Seterusnya jam 11.30 am kami ke Aeon Mall Kyoto untuk makan tengahari dan jalan-jalan. Kebetulan Adam nak jumpa kawannya di sini. Kami makan roti nan garlic dan cheese dengan kuah dal dan curry cheese. Sedap dan menyelerakan. Pusing2 dalam mall,tengok2 harga barang, convert2 duit mahal juga.
Jam 3.30 kami ke hotel untuk check-in. Jam 3.00pm masuk bilik. Orang merokok susah di disini tak boleh hisab sebarangan. Ada tempat disediakan.
Check in bilik,terus istirehat tidur, letih tak lena tidur di pesawat dan dah jalan2 sebaik sampai. Jam 4.45pm bangun, rasa segar sedikit, keluar excercise walking. Cuaca agak redup saperti nak hujan, aku beli payung. mahalnya ¥1,690 -+rm50 di 7eleven.
Alhamdulillah walking petang sekitar bandar Kyoto dapat 5km.
Program malam lepas jamak solat maghrib isya jam 8.00pm keluar makan di Kyoto Old Town, restoran Indonesia Bali Bali.Nasi Goreng,gado2,murtabak tempe jadi pilihan. Sedap dan habis makan. Tinggal kenangan dengan coretan di dinding restoran.
Lepas makan jalan2 di Kyoto Old Town, byk kedai tutup @ dah tutup, hari ini hari Ahad. Sempat bergambar di Yoshida-jinja Shrine dan jalan2 di Old Town.
Setakat ini saja program untuk hari ini. Balik hotel jam 10.20 istirehat untuk menghadapi kurnia Allah swt untuk hari esok pula. Insyallah.
Isnin 10hb Julai 2023
Memulakan hari dengan lawatan pada jam 10.00 am selepas sarapan di hotel. Tempat prrtama di tuju adalah Nijo-Jo Castle tempat kediaman Shogun. Sejarah castle ini yang bermula dari tahun 711 hinggalah zaman Shogun berakhir pada abad ke 19.

Senang trip naik kereta untuk kemana- mana.
Kemudian kami ke Fushimi-Inari Taisya Temple pula.
Satu keperluan utama aku berada di Kyoto ini adalah untuk mencari green tea terbaik. Sini memang tempatnya untuk mencari green tea. Aku ke Byodo-in Omatesando,Uji yang memang merupakan pusat penghasilan dan jualan green tea utama di Jepun.
Puas hati dapat aku beli teh terbaik. Pilihan aku adalah Sancha dan Gyukuro. Siap dengan teko dan cawan teh aku beli.
Aku makan tengahari disini. Makan tengahari pilihan adalah Bento ¥1820=rm55 set.
Lepas selesai makan melayani hobi anak pula ke kedai motorsport Monocella. Asalnya nak beli cover cermin helmet, akhirnya dapat sepasang kasut racing. Ibunya belanja habis dalam ¥38,000 @rm seribu lebih juga..
Seterusnya kami solat jamak di Masjid Kyoto. Masjid terletak di ruang bawah tanah, selesa dan bersih yang boleh menampung 40 jemaah.
Disebelah atas level G ada kedai menjual pelbagai makanan halal.
Sebelah petang pada jam 6.00pm kami melawat ke Imperial Castle uang merupakan kediaman Maharaja Jepun sebelum ibukota berpindah ke Tokyo. Kami sempat tinjau di luar kawasan sahaja kerana tutup pada hari isnin.
Selesai di Imperial Castle jam 7.00 kami ke Pasar Nishiki salah satu destinasi terkenal untuk mendapatkan cenderamata,pelbagai makanan seafood dan pelbagai barangan lain. Happening tempat ini dengan pelancung mencuba pelbagai makanan seafood di goreng dan bakar.
Seterusnya makan malam kami adalah untuk mencuba sushi di tempat asalnya. Kami pilih salah satu restoran di Bandar Kyoto. Ruang restoran cukup untuk 20 orang mengelilingi tukang pembuat sushi. Beza betul hidangannya dengan sushi isi ikan mekerel,tuna,udang,belut yang mentah. Alhamdulillah merasa juga dengan bil ¥12,210 @ rm400.
Selesai makan malam maka selesailah perjalanan kami di Kyoto. Esok akan bergerak ke destinasi lain pula. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment