Tuesday, July 11, 2023

Kyoto - Toba

 Selasa 10hb Julai 2023

Hari ini lepas breakfast am 8.30am check- out Comfort Hotel menuju ke Toba.


Perjalanan hari ini destinasi pertama adalah ke Mitsui Premium Outlet di Rayuo. Perjalanan melalui jalan2 kampung dapat melihat sawah padi dan rumah2 kampung dan moden







Jumpa golf course di Ryuo.


Sampai kami ke Mitsui Premium Outlet.

Sampai disini jam 10.45am. Besar Premiun Outlet ini. Ada mahal ada murah. macam2 brand ada. Masuk outlet Nike aku beli sepasang kasut running utk jogging kat sini dan kenangan di Jepun. Harga ¥7,199. Masuk outlet Le coq sportiff beli sehelai seluar golf harga ¥7990. Untuk kenangan beli di Jepun. Beli juga tambahan cenderamata teh uncang untuk staff setelah beli key chain di Kyoto.

Seterusnya melanjutkan perjalanan ke Toba. Pemandangan sekeliling adalah tanaman padi dan rumah2 kampung moden dan tradisional. Perjalanan ambil masa hampir 5 jam dari Kyoto ke Toba. Destinasi ini adalah ditepi laut dengan aktiviti penangkapan ikan dan terkenal dengan mutiara. Sampai di Toba kami terus ke Toba Market, tempat jualan hasil laut.






Tak sempat nak singgah di Pearl Museum di Mikimoto Island kerana tutup jam 5.00pm. Aku sampai dah hampir jam 4.30pm. 


Disini juga terdapat Toba Akuarium dan Pengkalan Ferry ke Tayohashi. Oleh kerana  tutup  jam 5.00pm aku terus check in di penginapan kami di Kagietsu Inn.





Penginapan di sini dalam suasana rumah Jepun dengan lantai jerami dan tidur di lantai.



Petang sempat jogging 5km dengan kasut baru.




Malam dah malas nak keluar. Kawasan penginapan malam dah sepi. Beli roti di Family mart untuk bekalan makan malam. Itu saja untuk hari ini.




No comments:

Post a Comment