Sunday, July 16, 2023

Pulang ke Kuala Lumpur

 Bangun pagi jam 5.00am semua dah siap hanya mandi dan siap berpakaian sahaja. Kami sorong 4 beg yang dah ada tambahan 1 beg menaiki train.  Tambang naik trIn taklah mahal berbanding naik teksi. Naik train tak habispun rm100 berbanding naik teksi rm600 dari Osaka City ke Kansai Airport.










Sampai di Kansai Airport kami check in bagasi tak ada masalah. Ucapkan selamat tinggal Jepun  tour guide kami Sharil.

Rumusannya lawatan ke Jepun menerusi Private Trip ini merupakan trip terbaik yang pernah aku rasai sepanjang bercuti keluar negeri sehingga kini 

Terbaik  Kerana:-

1. Tour Guide berpengalaman, berpengetahuan,mesra pelanggan dan sentiasa bersedia.

2. Pengurusan tempat tinggal, pengangkutan dan lawatan efisyen, lancar,selesa dan tepat masa.

3. Memberi panduan dan dorongan kepada Adam dalam pembelajaran dan kerjayanya pada masa depan berkait industri pelancungan.




No comments:

Post a Comment