Sunday, July 16, 2023

Pulang ke Kuala Lumpur

 Bangun pagi jam 5.00am semua dah siap hanya mandi dan siap berpakaian sahaja. Kami sorong 4 beg yang dah ada tambahan 1 beg menaiki train.  Tambang naik trIn taklah mahal berbanding naik teksi. Naik train tak habispun rm100 berbanding naik teksi rm600 dari Osaka City ke Kansai Airport.










Sampai di Kansai Airport kami check in bagasi tak ada masalah. Ucapkan selamat tinggal Jepun  tour guide kami Sharil.

Rumusannya lawatan ke Jepun menerusi Private Trip ini merupakan trip terbaik yang pernah aku rasai sepanjang bercuti keluar negeri sehingga kini 

Terbaik  Kerana:-

1. Tour Guide berpengalaman, berpengetahuan,mesra pelanggan dan sentiasa bersedia.

2. Pengurusan tempat tinggal, pengangkutan dan lawatan efisyen, lancar,selesa dan tepat masa.

3. Memberi panduan dan dorongan kepada Adam dalam pembelajaran dan kerjayanya pada masa depan berkait industri pelancungan.




Menaiki Sukensen ke Osaka

 Check out dari Hotel Super jam 9.30am. Kami terus ke Tokyo Station. Sahril kembalikan kereta sewa di Stesen Tokyo. Selesai urusan bayaran termasuk tol sepanjang perjalanan ¥21,000, kami angkut beg ke shopping mall Stesen Tokyo yang besar gila dan padat dengan orang. Memang boleh sesat di sini walaupun banyak kali dikunjungi. Sahril dah banyak kali datang pun sesat. Oleh kerana beg terlalu padat aku beli sebiji beg baru jenama Sansonite ¥35,000@rm1,200.





Beg baru..





Jadual Shinkansen kami jam 1.00 tapi dah tak ada apa nak beli, nak makan pun beratur panjang, kami awalkan jadual Shinkansen ke jam 12.21pm.  Tepat jam  tercatat di tiket keretapi pun bergerak. Excited naik Shinkansen dengan kelajuannya, keretapi tak penuh. Tiada rasa gegaran pun. Dari Tokyo Shinkansen berhenti di 4 tempat Shuzuko, Nagoya,Kyoto dan Osaka.


 
Sepanjang perjalanan keretapi menikmati pemandangan sawah padi, kawasan industri,perumahan dan perbandaran.















Tiba tepat jam 2.48, memakan masa 2jam 27 minit dari Tokyo ke Osaka menaiki Shinkansen berbanding perjalanan biasa dengan kereta lebih dari 7 jam tanpa henti.

Sampai di stesen Osaka kami menaiki teksi. Beratur panjang tapi efisyen perkhidmatannya kerana teksi banyak, tak payah nak tunggu teksi muncul.





Kami check in di Toyoko Inn Shine di Kota Osaka. Walaupun sampai jam 3.15pm kena tunggu jam 4.00pm check in masuk bilik. Kalau jadi member boleh check -in awal. Selesai solat dan rehat sebentar, jam 5.00 pm kami turun untuk  jalan2 di Kota Osaka.








Google di GMap stesen Metro Osaka tak sampai 500m dari hotel. Metro Osaka ada 10 Line.  Dekat dengan hotel adalah Midosuji Line. Kami naik di M12-Higashimikuni ke M20-Namba dengan tambang ¥290.










Kawasan Dotonbori ini adalah lokasi utama tumpuan beli belah dan makan yang besar dan sentiasa padat dengan pengunjung.

Kami jalan2 cari tempat makan dan cenderahati hinggalah ke malam. Niatnya nak makan Daging Waghyu di sini. Jalan2 jumpalah restoran WGhyu halal. Harga T-Shirt disini mahal ¥2,300 sehelai berbanding Kyoto dan Tokyo  ¥1,500 sehelai.






Memang sedap daging wagyu, lembut, halus dan manis.Makan 2 set untuk 4 orang kami bayar adalah ¥24,000@rm700. Selesai makan malam kami pulang menaimi Metro Osaka.  Train line ini kami dapati boleh sambung dengan Nankai Line yang menuju ke Kansai Airport.




Sampai di hotel kemas2 beg untuk pulang esok dan istirehat. Jam 5.00 dah kena siap untuk naik train jam 6.00 ke airport esok. Ok...