12 Disember 2016 - Kuala Lumpur New Delhi
Menaiki pesawat MAS di KLIA pada jam 6.50 ptg sampai di Indra Ghandi Airport jam 9.30 mlm. Perbezaan waktu 2 1/2 jam lewat dari Kuala Lumpur. Sampai di airport tak ada banyak kerumitan senang melepasi Imigresen dan Kastam. Selepas tukar USD140 ke matawang rupee aku dapat Rs8,700. Aku siap tukar matawang dulu kerana dengar India sedang krisis matawangnya kerana penarikan note Rs500 dan Rs1,000 daripada edaran memyebabkan atm bank berbaris panjang. Diluar ruang ketibaan tour guide dah menunggu dengan kertas tercatat nama aku. Lepas masuk bagasi dalam kereta untuk aku sekeluarga 3 orang tour guide nama B.S Raut @ Balbir terus check in aku ke The Acura BMK Hotel untuk istirehat.
13 Disember 2016 - New Delhi - Jaipur
Selepas solat subuh jam 6.30 pagi aku bersiap untuk sarapan kerana tour guide akan datang jam 8.00 pg untuk meneruskan perjalanan ke Jaipur. Trip ini private package kerana sebuah kenderaan dan seorang tour guide untuk kami bertiga. Lebih relaks dan tidak tertunggu-tunggu berbanding dalam grup package.
Sarapan pagi di hotel memuaskan dengan roti nan dan pelbagai masakan India Utara. Western breakfast, omellete pun ada. Tepat jam 8.00 pg kami menaiki kereta untuk memulakan perjalanan ke Jaipur sejauh 237km mengambil masa 5 jam perjalanan.
Perjalanan kami diiringi dengan cuaca berjerebu pada suhu 19C. Sepanjang perjalanan di lebuhraya hingar bingar dengan bunyi horn kerana memang itu aturan lalulintas disini. Lebuhraya dipenuhi dengan lori-lori treler. Banyak lori dari kereta. Gambaran sepanjang lebuhraya adalah kemiskinan, penduduk yang padat, kekotoran dan persekitaran yang berdebu dan berjerebu. Berbanding Indonesia disini lagi dasyat gambarannya. Manusia dan binatang tidak ada halangan untuk tinggal bersama. Lembu,babi,kerbau,anjing,unta, monyet,merpati tidak menjadi masalah tinggal berkeliaran bersama . Dimana ada pekan-pekan kecil , ramai orang disitulah ada binatang-binatang ini. Tak sanggup aku tengok kerana disitulah juga tempat binatang2 ini kencing berak dan disitulah juga terdapat warung2 jualan.makanan. Sepanjang perjalanan sejauh 235 km memang ada penempatan disepanjang jalan yang dipenuhi dengan stesen minyak, bengkel, kawasan pertanian, hotel2, pekan2 kecil pendek kata memang penuh dengan orang sepanjang jalan.Aku sampai di penginapan KK Royal Hotel jam 12.30 tgh. Selepas check in makan tengahari di hotel Tak berani aku makan di luar takut sakit perut. Hidangan tengahari masakan india utara memang semua karilah makan dengan nasi. Aku jadi vegetarian di India ni takut nak makan ayam atau daging. Bila waswas memang selera lari sungguhpun katanya halal.
Petang pukul 2.30 tour guide di Jaipur bawa aku ke persekitaran Fort Palace yang berpemandangan istana dan kubu di atas kawasan bukit dan ditengah tasik. Kemudian di bawa ke kuil hindu marmar putih. Lepas itu saperti biasa tour yang sama saperti di China tempat jualan untuk pelancung yang mahal. Dibawa aku tempat buat cadar dan karpet buatan tangan. Mahal gila. Carpet besar tikar solat saja harga USD200 -USD300. Tengok sajalah tanpa berkata-kata. Kalau dilayan lain cerita pulak. Habis trip ini aku minta balik ke hotel. Dalam perjalanan melalui kawasan bangunan yang semuanya warna pink. Cantik tapi hiruk pikuk dengan lalu lintas yang sibuk. Sampai hotel rehat,solat, makan malam dan tidur untuk lawatan esok.
14hb Disember 2016 - Lawatan Amber Fort, City Fort dan Hawa Mahal
Selepas sarapan di Hotel pada jam 8.00 pg kami dibawa ke Amber Fort, kota yang bertembok seluas 4km persegi yang memagari bukit. Kota berwarna merah bersenibina gabungan Hindu dan Mughal mempunyai sejarah bermula 1037 -1727. Istimewanya disini pelancung diberi kesempatan memasuki kota ini dengan menaiki gajah sebagaimana raja2 dulu jika datang ke kota ini. Dengan membayar Rp100 sebagai tips kepada gembala gajah aku berkesempatan naik ke kota Amber menunggang gajah. Sesampai di kota kami ditunjukkan ruang-ruang dalaman kota yang menempatkan ribuan tentera, ruang raja bertemu pembesar negara. Tembok yang tinggi lebih 40 kaki memagari sepanjang lembah dan bukit dengan batuan merah menjadikan kota ini memukau pemandangan.
Aku tak singgah di Lake Palace cuma lalu sahaja ambil foto pemandangan. Istana yang dibina ditengah tasik memang Nampak menawan. Begitu juga Hawa Mahal Palace of Winds) tak singgah hanya lalu sahaja ambil foto. Hawa Mahal senibina memang cantik. Tempat wanita kaum kerabat diraja melibat persekitaran atau festival tanpa disaksikan oleh orang ramai.
Selepas makan tengahari kami dibawa pula melawat ke Maharaha City Palace dan Janter Manter. Menariknya di Maharaja City palace adalah senibina marmar yang begitu tinggi kualiti dan halus buatannya. Kepingan marmar dipotong,diukir dan ditampal dengan corak yang begitu halus. Tidak hairan Jaipur dikenali sebagai kota jade dan marmar kerana sejarahnya bermula ratusan tahun dulu zaman kerajaan Rajput.Bila dibawa melawat ke tempat jualan batu marmar dan carpet harganya huhhh...tak layak nak membeli. Tak payah ceritalah kalau tak mampu beli marmar ukuran sekaki persegi dan carpet ukuran tikar solat berharga antara USD300 -USD500.
Selepas Maharaja City Palace kami dibawa pula ke Janter Manter. "Janter" itu maksudnya alatan "manter" itu kaji bintang. Raja Jai Singh II mempunyai minat dan kepakaran dalam ilmu astronomi. Dia mencipta alatan untuk mengukur masa. Zaman dulu abad ke 16 belum ada jam jadi Janter manter ini adalah tempat untuk mengukur dan menentukan masa. Selain itu pelbagai alatan lain melihat bintang yang mewujudkan bintang berkait tanggal lahir boleh dilihat. Bintang Leo, Taurus dan lain-lain ada peralatan tersendiri untuk bintang berkenaan bagi tujuan ramalan.
Menginap di Jaipur adalah selama 2 malam. Tinggal di KK Royal Hotel. OK hotel ini tak ramai pelancung masa aku menginap disana. Layanan bagus dan makan pun bagus. Masakan India Utara makan dengan nasi dan roti. Hari-hari excited nak mencuba pelbagai masakan India.
15 Disember 2016 - Lawatan Jama Mosque,Fatehpur Sikri,Taj Mahal dan Agra Fort

Pagi jam 8.00 kami dah keluar untuk perjalanan ke Agra sejauh lebih kurang 200 km. Sepanjang perjalanan terbentang kehijauan dan kekuningan kawasan pertanian yang terbentang luas dengan tanaman bunga matahari dan kekacang. Jika terjumpa penempatan dipinggir jalan maka wajahnya adalah kemiskinan , kemelaratan dan kehadiran haiwan hidup bersama mausia, bukan dikandang.
Lebihkurang 40km dari Agra kami dibawa melawat ke Jama Moasque, Fatehpur Sikri. Jama Mosque ini antara masjid terbesar di dunia dibina semasa zaman Akbar, pemerintahan Mughal. Masjid ini mempunyai 4 pintu masuk dikhaskan untuk raja, pembesar, tentera dan rakyat. Dibina daripada batu merah dengan senibina Mughal. Didalam masjid ini terdapat kuburan keramat Fateh Salim seorang ulamak yang mendoakan Akbar memiliki zuriat. Seorang pemerintah dan panglima perang yang agung beliau mempunyai 3 isteri yang beragama Islam, Hindu dan Kristian. Malangnya tidak memiliki zuriat. Ditapak masjid itu tinggalnya Fateh Salim. Beliau berjanji sekiranya berkat doa ulamak tersebut beliau memiliki zuriat maka beliau akan membina tempat tersebut sebagai masjid teragung dan terbesar . Akhirnya terkabur doanya maka lahirlah Jahangir. Maka terdirilah Jama Mosque saperti yang ada pada hari ini.
Dalam mengikuti sejarahnya terkena juga aku. Untuk melawat ke kuburan Fateh Salim kena beli kain berharga paling kurang Rp500 dan pasangkan niat atau doa kepada keramat Fateh Salim. Masuk dalam jalan keliling kuburan dan serah kain itu saja. Persekitaran diluar dipenuhi dengan anak-anak yang menjual pelbagai cenderamata. Tak pandang, buat tak dengar jalan terus selamat. Kalau pandang,Tanya dia akan ikut sampai ke kereta.
Dari Fatehpur Sikri kami terus menuju ke Agra untuk destinasi yang hebat Taj Mahal. Aku ingatkan Taj Mahal ini hanya satu bangunan sahaja. Sebenarnya terdapat 4 pintu masuk yang tersergam indah sebelum sampai ke Taj Mahal. Senibina Mughal memang mengkagumkan. Binaan mengutamakan ketepatan simetri dan matematik.. Gerbang Masuk lihat dari depan atau belakang sama saja rupanya. Bahan binaannya adalah batuan merah dengan marmar putih. Dibina dengan ketepatan garisan tengah lurus dari setiap gerbang pintu masuk menuju Taj Mahal . Untuk mengekalkan binaan aslinya tiada kenderaan dibenarkan berada1.5km radius dari Taj Mahal. Untuk masuk naik buggy bayar Rp50 dan diberi beg untuk menyalut kaki apabila masuk ke gerbang kota menuju Taj Mahal.
Taj Mahal lambing cinta Shah Jehan kepada Muntaz Mahal. Muntaz mati semasa melahirkan Arungzeb pada usia 39 tahun. Untuk membuktikan cinta kepada Muntaz maka dibina makam teragung untuk Muntaz daripada matmar putih dari Jaipur dengan memasukan elemen-elemen yang pernah menjadi kesukaan dan minat mereka berdua saperti air pancur disukai Muntaz maka terdapat air pancur, taman disukai Shah Jehan maka ada taman dipersekitaran Taj Mahal. Suatu yang mengkagumkan tentang senibina Taj Mahal adalah rupanya yang begitu gah dan cantik dilihat dari luaran. Tapi bila masuk ke dalam hanya ruang kecil untuk kuburan Muntaz dan Shah Jehan. Binaan Taj Mahal serba tepat dan sama tapi hanya satu kelemahanya. Kubur Muntaz dan Shah Jehan tak sama tepat antara satu sama lain.Ada ceritanya kenapa jadi begitu.
Shah Jehan bina Taj Mahal hanya untuk Muntaz Mahal. Binaannya telah memekan banyak kos dan penderitaan kepada rakyat khususnya yang terlibat dengan kerja binaanya. Untuk Shah Jehan beliau bercadang untuk membina Makam Hitam untuknya selepas membina Makam Putih untuk isterinya. Tapi cadangan ini dibantah oleh anaknya Arungzeb. Beliau tetap meneruskan niatnya membina Makam Marmar Hitam dan kesannya masih boleh dilihat diseberang sungai Yamuna bersebelahan Taj Mahal. Untuk menghalang niat bapanya, Arungzeb telah memenjarakan bapanya hingga beliau mangkat. Beliau dikebumikan disebelah makam Muntaz dengan struktur makam yang lebih besar. Maka itulah sebabnya kerana Shah Jehan telah tiada maka ciri ketepatan saperti kehendaknya tiada lagi.
Satu lagi tempat yang patut aku lawati adalah Agra Fort. Tapi kerana kesuntukan masa kerana banyak dihabiskan di Taj Mahal maka foto sajalah. Agro Fort adalah istana Shah Jehan dan tempat dimana beliau dipenjarakan dan habis hayatnya memerhati dari jauh Taj Mahal tempat bersemadinya Muntaz mahal.
Selesai lawatan pulang ke Hotel Howard Plaza. Makan dan bilik memuaskan. Menu masih lagi India Utara. Rasa dah tak selera 4 hari India Utara. Cari yang selera sama Malaysia hanya nasi, sayur lebih kurang capcai dan kuah dal, makam buah banyak itu yang boleh sumbat. India2 ini rasa sajalah.
16hb Disember 2016 - New Delhi dan Nite Train to Shimla
Aku diminta ner15siap jam 7.30 pagi untuk perjalanan ke New Delhi. Lepas sarapan tour guide BS Raut dah tunggu. Kami memulakan perjalanan melalui Jaypee Higway sejauh 170 km ke Delhi. Higway ini tinggi kos binaanya kerana ditinggikan dari kawasan pertanian yang rata antara 20 - 10 kaki. Jadi higwa y ini lancer tak ada kerbau,lembu, kenderaan melawan arus saperti higway Jaipur ke Agra. Tapi kurang pulak kenderaan yang lalu.
Sampai di New Delhi traffic lebih jam daripada mana-mana tempat yang pernah aku jam.Semua tempat jam. Di New Delhi sempat aku melawat ke Muzium Mahatma Gandi, baru aku tahu Indra Ghandi bukan anak Mahatma Gandi. Dia bela dari kecil rupanya dan kerana sayang diberi gelaran Ghandi. Aku tengok salasilah keluarga Mahatma Ghandi tak jumpa Indra Ghandi.
Kemudian kami singgah ambil gambar di Parlimen India, dan lalu di kawasan bangunan kerajaan. Macam di Putrajaya juga tapi tiada bangunan2 tinggi. Dikawasan yang sama juga ditempatkan Kedutaan2 asing disatu tempat. Patutnya Putrajaya juga sediakan satu kawasan untuk semua kedutaan asing satu tempat di Putrajaya.
Tempat akhir aku lawat ialah India Gate. Sempat posing macam2. Tak boleh nak lawat secara mengkaji kerana ditutup untuk acara kerajaan.
Keretapi malam kami ke Shimla jam 9.30 mlm. Masa yang ada aku habiskan pergi massage Ayurveda. Nak rasa massage stail india pakai minyak panas. Rasa fresh untuk naik keretapi. Memandangkan jam di New Delhi aku bertolak awal jam 6.00 pm ke Railway Station. Punyalah jam hanya yang berani dan cekap boleh memandu. Jam 8.00pm sampai di Station. Aku memang nak rasa pengalaman naik keretapi India sebab nak rasa sejarah hebatnya saperti cerita dalam National Geographic. Sejarah hebat bukanlah kecanggihan tapi punya ramai penumpang dan persekitaranya.
Sampai di station mula2 aku diberitahu train ke Kalka destinasi untuk ke Shimla) delay dari 9.30 ke 10.38. Pukul 10.38 pun tak sampai . Last pukul 11.20 baru sampai. Naik 2nd class aircond. Ada tempat tidur untuk kami. OK memuaskan ikut standard di India.
Persekitaran aku melihat memang geli dan jijik. Yang mana nak kencing boleh pancar je kat rel. Perempuan pun sama terjun kat railway, menyorok di tembok rel tonggeng je. Anjing berkeliaran dan rehat dengan penumpang biasa.. Koch 3rd class padat, macam mana mereka bernafas hanya kita yang fikir, mereka biasa aje. Sampai aku di Kalka jam 6.00 am cuaca sejuk 4C menyambut kami. Punya sejuk sampai hidung pun kena tutup. Kalau Kalka begini sejuk Shimla apatah lagi, lagi sejuk. Bayangan dalam fikiran salji menunggu.
17 Disember 2016- Kalka ke Shimla
Duduk menunggu tour guide dekat 1 jam juga di Stesen Kalka.. Aku tengok satu india tu dia tengok aku jugak. Tapi dia tak bertanya. Kalau tour guide biasanya kalau tak kenal dia bawa kertas nama. Duduk lama menunggu aku mendekati india tu . "Waiting someone/" aku tanya. "Shimla" dia jawab. Ooo... bukanlah dalam hati aku. " Shimla Dhesu? aku tanya. Yayaya...tapi aku tanya lagi nama dia, You Sunnil (nama tour guide yang patut ambil aku), lain pulak di jawab. Tak berani nak ikut. Akhirnya dia tunjuk telefon dia, tertera nama aku. Alahai.. tour guide kalau awal-awal tunjuk nama aku pada sekeping kertas kan senang. Ini jenuh 1 1/2 jam menunggu dalam kesejukan.
Dalam perjalanan ke Shimla komunikasi aku dengan tour guide macam ayam dengan itik. 7,8 patah perkataan omputeh je tahu. Perjalanan Kalka - Shimla sejauh 121km memakan masa perjalanan 3 jam. Laluan melalui banjaran gunung Punjab dengan laluan berliku-liku mendaki puncak banjaran. Tambah menyulitkan perjalanan adalah pembesaran jalan menjadi jalan rosak dan berdebu. Sepanjang perjalanan pemandangan rumah dan bangunan dilereng gunung. Pemandangan memang cantik saperti country side di Swizerland. Perjalanan ke Shimla memang memenatkan kerana jalan yang sempit dan berliku.Dua tiga km nak sampai ke Shimla aku tak nampak lagi ada salji. Matahari terang memancar. Sampai ke hotel pun aku tak jumpa lagi salji. Hanya pemandangan cantik penempetan dan rumah rehat dipinggir gunung.Bila tanya pekerja hotel kat mana ada snow, dia kata "No snow Sir, Januari.got snow. frust aku sebab janjikan snow pada anak aku Adam. Hotel The Cedar Grand Resort & Spa tempat aku menginap memang best kerana view yang cantik pemandangan banjaran gunung dan penempatan di pinggiran bukit bukau.

No comments:
Post a Comment