GUILIN : 06 Jun - 09 Jun 2015. Melawat ke China memang kena guna khidmat travel agen dan tour guide. Tiada pilihan kerana masalah bahasa, majoriti warganya tidak boleh berbahasa Inggeris. Dah 2 kali aku melawat China. Pertama kali ke Beijing dan ini kali ini ke Guilin. Sesuatu yang tidak aku sukai bila melawat China guna travel agen ni bila dibawa ke tempat-tempat produk mereka terutama produk ubatan mereka dan barang perhiasan saperti jade, permata dan perak.. . Dia nak tunjuk produk tempatan aku tak kisah tapi cara mereka promote suruh beli ada unsur-unsur manupulasi dan penipuan. Dulu masa ke Beijing aku dah kena. Dibawa melawat ke pusat ubatan China. Mereka cukup dengan "doktor" yang boleh berbahasa Melayu/Indonesia. Mula-mula diberi servis refleksologi urut kaki percuma, kemudian dikenalkan kepada tabibnya yang berpakaian macam doktor, siap boleh cakap melayu pulak tu, Sambil kaki diurut tabibnya minta tengok tapak tangan dan rasa denyutan saraf maka mula jual kelentong cakap kita sakit ini sakit itu, nak yakinkan lagi suruh selak baju rasa denyutan di badan pula. Aku yang baru pertama kali terpegun dan mengia-iakanlah apa yang diperkata. Maka disuruhlah beli obat ini obat itu yang bukan murah harganya. Akhirnya lebur duit aku hampir RM800 beli ubat China untuk stok 3 bulan. Balik Malaysia sempat makan 2 minggu saja lepas tu terus jadi stok tersimpan bertahun tahun lamanya dan akhirnya buang. Bila aku ke Guilin ini, dibawa lagi melawat ke tempat saperti itu dengan skrip dan taktik yang hampir sama. Kali ini tabib dari Tibet pulak. Katanya Tabib ini datang 1 kali saja sebulan ke pusat perubatan mereka dan aku bernasib baik kerana hari ini datang kebetulan tabib itu ada. Maka dicheck tangan aku dan terus kata aku ada masalah hati kena ubat cepat. Aku dah tahu taktik mereka aku cakap aku baru buat medical check up dan doktor kata aku sihat tak ada sakit.Bila aku banyak kata tidak dan cakap aku dah terkena macam ini masa pergi Beijing dia tak ada modal lagi maka dia pun blar. Dia check pula Sha, siap curah larutan yang bertukar warna kemerahan di perut Sha kononya nak buktikan banyak toksid di badan Sha. Sha senyap dengar syarahanya dan bila disyorkan ubatan Sha kata tak mahu, buat apa beli ubat saya dapat ubat free saja di Malaysia. Dia tak boleh makan Sha akhirnya dia blar juga. Dah siap urut kaki kerana kesian tak dapat kenakan aku dan Sha, aku berilah tip Y5.00 pada tukang urut kaki. Jadi aku nak ingatkan korang kalau melawat ke China berhati hati dengan penipuan macam ini. Bukan aku kata ubatan China tak bagus tapi kita membeli sesuatu yang kita sendiri tidak pasti keperluannya. Lainlah kalau memang kita dah buat check up kesihatan dan disahkan mengalami penyakit. Mungkin ubatan China sebagai alternatifnya. Ini main rasa dan pegang kata kita sakit itu dan ini. Mereka ini bukan pakar sakit tapi pakar menipu!


Satu lagi aku nak cerita mengenaii melawat ke tempat menjual jade. Bukan terkena tapi taktik dan strategi mereka nak menarik pembeli. Teman sama pakej aku , 2 guru wanita berbangsa Cina dari Kedah. Mereka memang berhasrat membeli jade di China. Mula-mula sampai ke pusat jade tersebut dibawa ke bilik penerangan siap beri minum Pu'er tea (Teh harga mahal) lagi. Mula-mula cakap Inggeris, kemudian diberitahu ada staff yang boleh berbahasa Melayu. Dalam 15 minit pekerja yang dimaksudkan pun datang dan memperkenalkan diri sebagai anak pemilik pusat jade tersebut. Bolehlah cakap melayu slang Indonesia. Pernah duduk di Indonesia dengan neneknya dan bapanya miliki perniagaan jade di Beijing dan pusat jade di Guilin ini baru dibuka. Oleh kerana dia memang nak sangat mempraktikkan pertuturan dalam bahasa Melayu kerana dah 3 tahun tidak bertutur dalam Bahasa Melayu maka dia menjanjikan akan beri harga special untuk kami. Lepas beri penerangan pasal jade maka dibawa ke ruang pameran dan jualan. Aku tengok harga gelang jade, ya raabi satu gelang harga antaraY30,000 hingga Y50,00@RM18,00 hingga RM30,000. Loket jade sebesar syiling RM0.50 harganya Y10,000 ke Y30,00 @RM6,000-RM18,000. Huhh.. Tapi menurut 2 guru tersebut yang memang tahu pasal jade memang jade tersebut berkualiti. Anak pemilik tersebut cakap tidak usah risau pasal harga kerana dia memang nak bagi harga spesial kerana nak jadikan kami kawan bila dia ke Malaysia nanti dan dia boleh praktikkan bahasa Melayunya. Aku dan Sha yang tak minat jade cuma lihat dan dengar sajalah transaksi 2 guru tersebut. Anak pemilik suruh guru tersebut pilih gelang jade mana yang menjadi pilihan hati. Setelah di pilih jade berlebel harga Y38,500@RM23,100 anak pemilik congak-congak bagi harga Y22,000@RM13,200. Guru tu minta kurang lagi, anak pemilik pun congak-congak lagi. maka diberi harga Y10,200@RM8,000. Maka 3 @ 4 orang salesgirl yang melayan kami terbeliak biji mata kerana tidak percaya anak pemilik boleh bagi kami harga yang begitu spesial. Siap warning anak tokey nanti papa dia tahu mesti dia marah. Guru tersebut cakap masih tak mampu dan menolak dengan cara baik dan tak nak menawar lagi. Dua guru tersebut tengoklah hiasan jade lain yang lebih murah saperti cincin dan subang yang harganya dalam RM antara RM100 - ke RM1,000. Setelah beli cincin dan subang berharga rendah, anak pemilik tersebut pujuk lagi suruh beli gelang jade yang berharga mahal. Dia sanggup jumpa dengan papa dia untuk minta harga spesial lagi. Maka diapun keluar pergi jumpa papa dia. Selang 10 minit dia masuk balik dan menekan kalkulator tunjuk harga Y8,800@RM5,280. Guru tersebut cakap maaf dia tak mampu harga tersebut. Setelah lama cakap-cakap dan memujuk dia kata tak apalah papa dia marah dia tawar harga Y7,200@RM4,500. Maka salesgirl yang 3@4 orang itupun tersandar dan terbeliak biji mata kerana anak pemilik buat sesuatu yang diluar dugaan.Tapi guru tersebut cakap dia masih tak mampu dan janganlah offer lagi dia tak nak. Akhirnya anak pemilik tanya berapa harga yang dia mampu? Guru itu jawap budget dia RM800@Y1,280 sahaja. Dia kata kalau macam itu nantilah dia tanya papa dia sebab dia memang nak sangat jual gelang jade pada guru itu kerana takut putus kawan. Diapun keluar lagi jumpa papa dia. Selang 10 minit dia masuk. Dia cakap dia ugut papa dia kalau tak bagi harga yang dia minta dia tak mahu lagi tolong papa dia. Dia nak lari ke nenekdia di Indonesia. Ini dia kata memang harga yang tak boleh jumpa lagi. Y2,880 @ RM1,732!!!. Guru itu tunjuk minat dan minta kurang supaya buang angka 8 jadi Y2,000 saja. Akhirnya guru itu pujuk pujuk setuju pada harga Y2,080@RM1,248. Bayangkan lah daripada harga Y38,500@23,100 boleh turun kepada Y2,080@RM1,248. Kalau orang yang tak pandai tawar dan tak mahir pasal jade dah lama kena tipu bodo bodo.Siap ada watak dan lakonan dalam menjual produk mereka. Jadi beringatlah bila membeli di China.
Trip ke Guilin ini bermula dengan pemergian aku ke MATTA Fair pada Sept 2014 untuk tengok pakej-pakej pelancungan yang ada . Aku tertarik dengan pakej muslim yang menawarkan "ground tour package" berharga RM599.00 untuk 4 orang selama 4H/3M ke salah satu destinasi terpilih di China, Indonesia atau Thailand. Wah!! kalau "booking" awal tiket AirAsia berapa sangat kosnya. Tanpa berfikir panjang aku pun beli. Aku memilih destinasi ke Guilin kerana tengok gambar pemandangan semulajadinya yang cantik. Maka pada Nov 2014 aku cari tiket AirAsia dan dapat tarikh paling sesuai dan murah pada 06 Jun - 9 Jun 2015. Tambang pergi balik KL - Guilin berharga RM751.00 seorang.
Bab yang tidak enaknya bila aku nak comfirm dengan travel agent maka baru aku tahu rupanya ada hidden cost yang aku ingat kecil rupa-rupanya lebih besar daripada pakej voucher RM599. Untuk Tip dan Caj dikenakan RM445 seorang. Visa RM120 seorang dan tambahan ittenery di sana rm375 seorang. Jumlah kos keseluruhan ke Guilin lebih kurang RM1,840.00 seorang. Sebenarnya tawaran voucher RM599 untuk 4 orang itu umpan saja. Bila sudah beli kita kena keluarkan lagi RM4,360 untuk membolehkan 4 orang turut sama ke Guilin.
Berkunjung ke Guilin ini saperti kita memasuki satu dunia yang
Hari ke 2 - 7hb Jun 2015
Hari ke 3 - 8hb June 2015


Trip ke Guilin ini bermula dengan pemergian aku ke MATTA Fair pada Sept 2014 untuk tengok pakej-pakej pelancungan yang ada . Aku tertarik dengan pakej muslim yang menawarkan "ground tour package" berharga RM599.00 untuk 4 orang selama 4H/3M ke salah satu destinasi terpilih di China, Indonesia atau Thailand. Wah!! kalau "booking" awal tiket AirAsia berapa sangat kosnya. Tanpa berfikir panjang aku pun beli. Aku memilih destinasi ke Guilin kerana tengok gambar pemandangan semulajadinya yang cantik. Maka pada Nov 2014 aku cari tiket AirAsia dan dapat tarikh paling sesuai dan murah pada 06 Jun - 9 Jun 2015. Tambang pergi balik KL - Guilin berharga RM751.00 seorang.
Bab yang tidak enaknya bila aku nak comfirm dengan travel agent maka baru aku tahu rupanya ada hidden cost yang aku ingat kecil rupa-rupanya lebih besar daripada pakej voucher RM599. Untuk Tip dan Caj dikenakan RM445 seorang. Visa RM120 seorang dan tambahan ittenery di sana rm375 seorang. Jumlah kos keseluruhan ke Guilin lebih kurang RM1,840.00 seorang. Sebenarnya tawaran voucher RM599 untuk 4 orang itu umpan saja. Bila sudah beli kita kena keluarkan lagi RM4,360 untuk membolehkan 4 orang turut sama ke Guilin.
Berkunjung ke Guilin ini saperti kita memasuki satu dunia yang
Hari ke 2 - 7hb Jun 2015
Hari ke 3 - 8hb June 2015
No comments:
Post a Comment