Persiapan rapi telah di atur untuk ke Melbourne dan Pulau Sewlatan New Zealand. Bertolak dari rumah pada hari Jumaat lepas kerja jam 5.00 ptg. Pack2 barang kul 10.30 pm baru bertolak dan sampai penginapan di Shaftbury Servived Suite Hotel Putrajaya dah jam 3.00 ptg. Bermalam di Putrajaya semata-mata nak simpan kereta di Putrajaya sentral yang lebih jimat hanya
RM6.00 sehari berbanding RM45 di KLIA. Maklumlah 11 hari tinggi kos tu hanya untuk kereta.
25 hb Nov 2017 - Hari Pertama
Jam 6.00 pg dah bangun. Siap2 check out hantar kereta di Putrajaya Sentral, naik ERL RM9.20 seorang terus ke KLIA2. Flight pukul 10.30 pg. Perjalanan ke Melbourne mengambil masa 7 jam. Sampai Di Tullmarine Airport pukul 9.30mlm dengan perbezaan masa 3 jam ke hadapan.
Aku bawaa banyak barang makanan dengan beras, makanan dalam tin, paket2 lauk,asam jawa dan bahan2 untuk masakan. Kastam diaorang memang "very particular" pasal bahan makanan ni terutama barang-barang mentah. Tapi aku bawa barang2 makanan ni memang dah paket dan siap label yang bertulisan Inggeris sahaja aku pilih. Kemudian aku siap sediakan listing sekali sekiranya diperiksa nanti. Dalam visit card pun aku siap declare barang makanan yang aku bawa. Bila sampai di kaunter Imigresen siap di "highlight" declaration yang aku buat. Sampai kat kastam ditanya barang apa aku bawa siap aku serahkan "listing" yang aku buat. Kastam tanya beras apa aku bawa. Aku cakap beras 1 kilo yang dah "packing" dan ada label. Dia pandang list kemudian pandang muka aku, OK U can go. Taak ada check pun beg aku. Senang kalau cakap terang ni. Aku nekad je kalau tak boleh masuk barang2 makan ni aku tinggal aje. nasib baiklah lepas.
Sampai di Airport aku ambil teksi.ke penginapan di Mel-Uni Village berhampiran Universiti Melbourne di 33, Blackwood Street, North Melbourne. Apartmen yang selesa untuk 4 orang untuk 2 malam dengan kos AUD368.@RM1229 . Penginapan selesa 2 bilik boleh memasak, membasuh pakaian dan pemandangan Hospital Royal Melbourne diseberang jalan. Kalau nak ke Melbourne aku memang recommend apartmen ni sebab murah untuk family dan selesa sangat. Aku cari dalam Booking.com ini yang paling murah berbanding Hotel yang lain. Lokasinya cuma 10 minit jalan kaki ke Queen Victoria Market dan 20 minit ke Federation Square dan Flinders Railway Station. Owner yang bagi kunci kat aku pun tak cerewet dan bagi macam tu je kunci dan suruh tinggal kunci dalam bilik bila aku checkout nanti. Sampai di Apartmen ni dah pukul 11.00 mlm dah penat tidur terus.
26hb Nov 2017 - Hari Kedua
Kami bangun tidur pukul 10 pg. Miss solat subuh kerana dah penat sangat. Masak2 makan pagi dan tengahari pukul 12.30 baru nak gerak jalan2. Ingat nak naik tram. Tapi kerana kawasan kami tu di luar sikit daripada CBD Melbourne kena tambang. Kalau dalam CBD tram free aja.Tram cuma seberang jalan daripada apartmen. So kami jalan kaki ikut Google map cuma 10 minit. Sampai di QV Market masuk je excited tengok pasar basah jual Ikan segar Salmon, Mackrel, Tiran, dan macam2 kerangan, lobster dan crab yang berbeda dengan Msia. Kemudian masuk pasar buah dengan macam2 buah yang murah dan segar. Aku siap beli dan makan disitu juga rockmelon, mangga dan , strawberry. QV Market ni kita boleh cari apa sahaja daripada ikan basah sampai ke lukisan dan barang2 lama kita boleh cari.
Kemudian dah puas berjalan di pasar ini kami nak tram di QV Market untuk ke Federation Square.