Tuesday, September 9, 2014

Perth Kota Yang Menyenangkan


PERTH

Pada 28hb Jun 2014 yang lalu aku bercuti ke Perth, Australia bersama keluarga. Hampir-hampir aku gagal terbang ke Perth gara-gara visa tak di mohon daripada pihak berkuasa Australia. Pada malam berangkat ke airport baru aku tahu kena ada visa. Aku tidak hiraukan notis daripada AirAsia X semasa beli tiket online mengenai permohonan visa. Sebab sangkaan aku kita negara Komomwel tak perlu, ini notis visa adalah untuk bukan warganegara  Malaysia. Bila singgah rumah saudara aku di KL yang pernah ke Perth dan menyatakan kena mohon visa, aku jadi panik. Sekarang dah pukul 9.00 mlm, nak berangkat pukul 12.00 tengah malam. Aku cuba dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi saudara dan rakan yang lain dalam perjalanan ke KLIA 2. Memang sah pakai visa dan kena mohon selewatnya seminggu sebelum berangkat secara online. Aku dah putus asa dan fikiran dah terbayang terpaksa menunda perjalanan. dan  tiket pergi pasti hangus. Tambah lagi perjalanan dengan AirAsia yang sukar nak beri kelonggaran kalau kesilapan kita sendiri.

Sampai di KLIA 2 aku terus ke kaunter pertanyaan dan di minta rujuk ke kaunter check in. Aku nyatakan masalah aku dan mohon simpati dari staf yang bertugas terdiri daripada 2 lelaki dan 3 wanita.  Mereka tangok muka aku dan family kesian agaknya. Akhirnya mereka reply, " ini ikutkan memang tak boleh encik sebab dah singkat dah masa lagi 1 1/2  jam flight terbang, tapi takpalah kami cuba". Mereka minta pasport dan kad kredit untuk uruskan online visa di komputer. Aku bersemangat dan penuh harapan menanti. "Ya Allah kau kabulkan niat ku nak melancung ke Perth. Setengah jam menanti dia orang menekan komputer dan membuat panggilan tah ke mana aku tak tahu. " Ehmm...  cik punya dah OK",  lega aku. 10 minit kemudian... anak encik adam OK... 15 minit kemudian .. zikry dah siap...  alhamdullilah. Disuruh aku check in bagasi kerana masa dah suntuk. " Pn Shabariah ini belum pasti sebab dia govt servant jadi lambat sikit.. encik sabarlah .. kalau tak boleh terpaksa tunda.." Dalam fikiran aku tunda takpe lah.. sekurangnya Sha boleh bertolak esok janji jadi ke Perth."  40 minit sebelum fligh berlepas... OK cik siap semua encik..  Syukur Alhamdullilah permintaan ku di kabulkan Allah s.w.t. Betapa gembiranya aka sekeluarga melompat kegembiraan!! Jadi juga aku sekeluarga ke Perth.Tergesa-gesa kami berlari mengejar pesawat.

Aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada staff Airasia dan rasa begitu terhutang budi. Aku bertekad lepas balik dari Perth akan aku email surat penghargaan dan pujian kepada staff Airasia yang begitu bersusah payah menyediakan visa untuk aku sekeluarga.Dengan izin Allah s.w.t perkara yang impossible pun boleh berlaku. Persepsi aku kepada Airasia  selepas dapat visa pun berubah. Dulu aku sakit hati sangat kepada Airasia  bila tiket aku sekeluarga ke Surabaya hangus gara-gara lambat 5 minit check in. Merayu, meraung dia buat tak tahu je. Akhirnya terbang duit aku RM800.00 beli tiket baru keesokkan  harinya

Airport baru KLIA 2 yang baru 2 hari di buka punyalah jauh nak berjalan ke pesawat hampir 1.5 km kena berjalan ke pesawat. Tapi takapa malam ini dapat juga ke Perth!!!


Baru sampai di KLIA2.Dah tak yakin boleh ke Perth gara-gara lupa visa. 


Happy... akhirnya dapat juga ke Perth dengan visa





Dah Sampai di Perth International Airport

Hari pertama sampai di Perth pukul 5.00 pagi. . Rileks kejap dalam 1/2 jam kat Airport, Aku keluar pintu airport wahh!!!Sejuk!!! dalam 10C. Pukul 6.00 pagi aku naik bas ke Kota Perth . Tambang dalam AUD 4.50 seorang . Nak bayar tak ada duit kecil aku bagi note AUD100. Driver bas mat saleh kata no change, aku kata no small money, last-last dia geleng-geleng aku pun geleng-geleng dapat free naik bas. Kalau naik teksi AUD50 ke Perth. Jimat duit. Sampai di Perth aku cakap dengan driver stop aku dekat Royal Hotel. Dia kata boleh hantar dekat dengan hotel je, kat mana hotel aku kena jalan kaki cari sendiri. Tengok susunatur bandar Perth tak lah susah, aku yakin boleh urus sendiri segala-galanya. Akhirnya jalan kaki masuk kiri masuk kanan berpandukan map yang aku save dalam I-Pad jumpa hotel.


Menginap di Royal Hotel. Apartmen 2 bilik siap dengan dapur untuk masak.

Sampai di Hotel ambil kunci bilik aku check in. Wah !! biliknya selesa. 1 bilik untuk Adam dengan Kiki dan 1 bilik lagi untuk aku dengan Sha. Tengah-tengah dapur dengan bilik air.Menyesal aku tinggalkan banyak makanan dalam tin kat kereta sebab orang kata kastam Australia akan rampas. Masa di kastam airport aku perhatikan barang-barang makanan kering yang tak di "seal" yang dirampas. Setakat makanan dalam tin aku rasa boleh lepas.


Sha happy bilik selesa.

Ikut ittenery aku 1st day bus sighseeing kota Perth.

.

Sampai terus sightseeing Kota Perth!!


Di King's Park


Makan di Restoran Indonesia, Murray Street

Kota Perth ini adalah metropolitan moden yang teratur , bersih dan nyaman. Aku pernah ke sini pada tahun 2007 bersama rombongan ofis jadi taklah kekuk sangat. Aku masih ingat jalan-jalannya terutama Murray Street dan Madame Maud Hotel. Jadi bawa family ini aku boleh rancang perjalanan yang lebih baik.


Di atas bus sight seeing... seronok duduk tingkat atas menikmati udara nyaman...


jalan-jalan lepas turun bus..



Naik cruise menikmati pemandangan Swan River..


seronok jalan-jalan di Kota Perth..

Hari ke2 ikut ittenery aku sendiri adalah ke Fremantle naik cruise makan Fish & Chip yang terkenal dan sight seeing di Bandar Fremantle. Bandar Fremantle ini yang terletak berhampiran pantai satu masa dulu merupakan penjara bagi pesalah-pesalah Inggeris yang dibawa untuk dibuang negeri ke Australia. Tak kira apa pun!!, yang penting aku nak ajak keluarga menikmati Fish & Chip yang fresh dan enak tu, dan pusing-pusing bandar Fremantle.


Di depan tinggalan penjara lama Fremantle


Menikmati Fish & Chip yang terkenal di Fremantle. Memang best!!



Di Pelabuhan/Jetty Fremantle


Apa yang aku perhatikan di Perth ni ramai orang Malaysia baik yang belajar dan bermastautin di sana. Di Fremantle aku lihat ada makcik yang jual sate di gerai macam gerai pasar malam. Rasanya macam di tempat sendiri pulak. 

Sebelum berlepas ke Perth aku sebenarnya telah membuat persiapan rapi untuk percutian ini. Urusan  beli tiket telah aku tempah 5 bulan sebelumnya. Jadi dapat tiket murah. Return tiket KL-Perth lebih kurang RM4,000.00 untuk 4 orang. Penginapan aku tempah 2 bulan sebelum berlepas kos dalam RM2,800.00 untuk 4 malam apartmen 2 bilik dengan kitchen. Aku juga dah buat tempahan kereta sewa untuk 2 hari kos dalam RM250.00 sehari termasuk insuran tapi belum bayar lagi. 

Sepatutnya ittenery  hari ketiga aku sewa kereta untuk ke Caversham Wildlife Park dan ronda-ronda Perth dengan kereta dan Hari Ke 4 ke utara Perth untuk merasai Sandboarding dan melawat Gurun Pinnacles. Tapi rasa tak confident drive sendiri membelenggu hati aku. Boleh ke tak boleh ni!! Aku tengok jalanraya disana hiss!! tak beranilah. Tapi kenang balik dulu semasa cuti di Eropah tahun 2003 dan 2004 aku boleh pandu di serata England dan Itali keyakinan datang balik. Aku survey dulu tanya hotel dan pelancung akhirnya aku nekad, sewa kereta!!. Nak parking kat sebelah hotel ada parking building dengan kadar AUD20 sehari. Menurut seorang tourist Malaysia yang aku jumpa di hotel kalau nak ke utara Perth kos paling murah per pax dengan agensi pelancungan adalah AUD 250. Aku 4 orang dah AUD1,000 sama dengan RM3,000. Sewa kereta 2 hari baru  RM500.00. Aku nekad sewa kereta!!


Di Budget Perth. Aku booking online kadar yang paling murah kereta kecil Toyota Yeris 1.3L.


Tapi dapat Hyundai 40i 2.0L pada kadar bayaran yang sama. Baru pulak tu. Untung2. Aku sewa juga TomTom untuk memudahkan perjalanan merujuk map dalam kereta. Selepas diberi penerangan tentang kereta dan tunjuk ajar cara guna TomTom  dengan lafaz Bismillah dan doa aku sekeluarga memulakan perjalanan dengan setting destinasi Caversham Wildlife Park di TomTom. Keluar saja dari Budget TomTom mula menunjukan arah dan bersuara. Wah!! senang ni.Maklumlah mana pernah aku pakai  peta arah. Perjalanan lancar dengan mengikut arah. Apa yang ada di TomTom itulah yang ada di jalan. Aku gembira dan confident  makin tinggi. Akhirnya sampai aku di Caversham Wildlife Park. YES!! YES!! I did.


Sessi bergambar dengan Wombet


Keluarga aku pertama kali memegang kangaroo..


Adam begitu terpegun dengan anak kangaroo


Pertama kali melihat sendiri  Kaola


Ada pertunjukan mengurus ternakan biri-biri di ladang. Ini hasil bulu biri-biri yang di potong dalam pertunjukan tersebut. Menghabiskan masa seharian  di Caversham. Aku sampai malam di Hotel.

Hari ke 4 ittenery aku adalah ke utara Perth sejauh 200 km untuk ke tempat bermain sandboarding, menikmati makanan laut lobster dan ke Pinnacles satu  kawasan gurun yang unik dengan tonjolan-tonjolan  batu bergerigi. Bercerita mengenai pemanduan di sini memang tertib dan mengikut peraturan . Kawasan 60km ,90km  dan untuk overtake disediakan. Tak ada pun kenderaan yang overtake aku sebab semua bawa ikut had limit. Tapi bila sampai ke kawasan yang boleh overtake, menderu-deru kereta yang overtake aku.


Sewa AUD10 untuk seunit sandboard


Adam dan Kiki enjoy menuruni bukit berpasir di belakang tu!!


Pemandangan di Pinnacles.

Balik dari Pinnacles aku sampai malam juga ke Hotel. Hari ke 5 adalah hari untuk pulang. Aku buat arrangement dengan Budget untuk kembalikan kereta di Airport. Jadi tak payah susah2 cari teksi atau bas untuk ke Airport..


Hari untuk pulang ke Malaysia. Best gi Perth!!




No comments:

Post a Comment