Pada tahun ini Pak Wan Crew memilih Tasik Kenyir sebagai destinasi perkumpulan keluarga tahun ke 3 selepas Langkawi dan Desaru. Percutian 3H2M di rumah bot yang menempatkan 28 ahli keluarga di cengkam kedinginan malam. Memang sepatutnyalah malam adalah dingin apabila rumah boat berlabuh di air tasik yang dikelilingi hutan tebal, bukit bukau dan banjaran gunung. Dengan berbekalkan lebih daripada 20 joran aktiviti utama sudah tentu memancing bila menyebut Tasik Kenyir.
Usahkan ikan merentap , mengegar-gegar pun tidak di tali pancing anak cucu Pak Wan.Hampir semua anak cucu Pak Wan kecewa dengan sambutan ikan di tasik Kenyir. Yang tidak berputus asa adalah pemancing tegar saperti Acik Aman yang terus menghulurkan joran hingga subuh hari ke 3. Semangat Acik Aman berbalas juga akhirnya apabila baung tua yang sebesar betis menyambut umpan pancing Acik Aman. Kenapa aku menyebut "baung tua" adalah kerana bila di buat lauk asam tempoyak isi baung punyalah liat macam makan ayam pencen. Hanya itulah yang dapat daripada hasil memancing di Tasik Kenyir.Begitulah dinginnya sambutan ikan di Tasik Kenyir terhadap pancing anak cucu Pak Wan. Kecewa aku!! Bila menyebut Tasik Kenyir memang dah tersemat di fikiran aku , "memancing best, memancing best di Tasik Kenyir" maka melaburlah aku untuk pancing baru berhabis RM250. Aku bawa 6 pancing ke Tasik Kenyir malangnya seekor anak seluang pun tak minat memakan umpan. Aku nampak lampam di muka air, maka aku lemparkan pancing berumpan roti di sisi lampam, ia lalu dan tengok saja, memcium pun tidak. Mungkin silap tempat bot berlabuh di tempat ikan yang kaya-kaya kot. Dah tak ada ikan miskin yang kelaparan di Tasik Kenyir. Ikan miskin tinggal di hulu-hulu sungai agaknya.Tapi sungguhpun ikan bersikap dingin ianya bukanlah pengakhir yang memusnahkan segala-galanya. Ada slot-slot menarik dan menyeronokan dalam percutian Pak Wan Crew di Tasik Kenyir
Kerana tasik Kenyir aku beli pancing baru!!
Semangat memancing anak cucu Pak Wan.
Hari Pertama -13 Sept 2014
Meminjam kata-kata Acik Aman dimana ada air di situ ada ikan. Tapi nampaknya tak semestinya kata-kata itu benar. Mana mungkin dengan lebih daripada 20 joran, dengan pelbagai umpan daripada roti,cacing, palet,dedak, buah sawit, anak ikan, udang hatta ayam goreng sekalipun, menjamah pun tidak ikan di Tasik Kenyir!!! Dingin sekali sambutan ikan terhadap pancing anak cucu Pak Wan Crew. Yang teringin kepada umpan pancing Pak Wan Crew adalah seekor baung tua yang sangkut di pancing Acik Aman pada jam 3.00 pagi di malam ke 2. Kemana menghilang Lampam,Toman, Belida,Sebarau dan Kelah di Tasik Kenyir. Apakah sebesar-besar Tasik Kenyir anak seluang pun tak teringin lagi memakan umpan. Kesian anak cucu Pak Wan berlabuh saja bot jam 11.00 pagi hingga sampai ke subuh terus terusan melempar joran sedangkan seekor seluang pun tak nak makan.
Acik Aman bersiap dengan pancingannya!!
Puas Adam melempar dan menarik pancingnya....
Akhirnya Mirul tido!!! menunggu ikan memakan umpan...
.
Tanggal 13/09/2014 jam 5.40 pagi Pak Wan Crew yang disertai 5 keluarga Pak Wan termasuk Pak Wan sendiri, keluarga Kak Long, Abang Jam, Mak De, Acik Aman, Ucu, dan 2 bibik memulakan perjalanan dari Kuantan menaiki 5 kereta menuju ke Kuala Berang pada awal pagi selepas azan subuh di laungkan. Singgah solat subuh di Hentian Cheneh dan meneruskan perjalanan ke Tasik Kenyir melalui Ajil , memasuki LPT hingga ke Kuala Berang dan tiba di Pengkalan Gawi pada jam 9.30 pagi.
Sebaik tiba En. Zamri yang menguruskan tempahan bot dah sedia menunggu. Tanpa membuang masa kami menurunkan barang-barang makan dan peralatan yang di bawa ke bot. Tengok rumah bot wow!! bestnya besar dan selesa. Bila semua peralatan dah di bawa masuk dan crew-crew Pak Wan dan naik tanpa membuang masa bot bergerak meninggalkan Pengkalan Gawi.
Kami dah menyediakan bekal nasi lemak untuk minum pagi di bot. Betapa seronoknya menikmati minum pagi sambil bot bergerak menyusuri tasik Kenyir. Destinasi kami adalah berlabuh di Pulau Sah Kecil berhampiran Air Terjun Lasir di hari pertama dan berlabuh berhampiram Air Terjun Saok pada hari ke 2. Aktiviti akan di atur sebaik bot berlabuh.
Sepanjang menyusuri laluan tasik menuju ke destinasi, aku menikmati pemandangan indah dengan kehijauan air tasik yang terbentang luas dipagari kehijauan hutan berbalam dengan bukit dan banjaran gunung jauh mata memandang.
Tersentuh hatiku apabila fikiran menyelami ke dasar tasik membayangkan satu ketika dulu disitu ada 9 kampung. Kampung Melor, Keliok, Berching, Petang, Mentong, Melaka, Kuala Terenggan, Kerbak dan Belimbing hanya tinggal nama terbenam di dasar tasik dan dilupakan. Dulunya terdapat sawah padi dan kebun untuk bercucuik tanam. Kampung yang jauh di pendalaman memaksa penduduk bergantung sepenuhnya pada alam. Mahu beras tanam padi dan mahu ikan tangkap di sungai.Wang hanya bernilai untuk membeli garam dan pakaian di Kuala Terengganu. Sedikit demi sedikit penduduk di pindahkan sehinggalah siapnya Empangan Stesen Haidro Eleterik Sultan Mahmud pada tahun 1988. Sekatan air di empangan membanjiri kawasan seluas 2,600km persegi menenggelamkan semua kampung di laluannya dan mengubah puncak tanah tinggi menjadi pulau-pulau yang berjumlah 340 kesemuanya. Iulah sejarah Tasik Kenyir.
Jam 11.30 pagi bot berlabuh di satu lokasi berjiran dengan rumah-rumah bot lain di Pulau Sah Kecil. Sebaik bot berlabuh anak cucu Pak Wan berebut-rebut melemparkan tali joran masing-masing. Lempar tarik, lempar tarik sehingga jenuh menunggu. Kaum ibu di dapur sibuk menyusun barang-barang makan dibawa dan apa yang hendak dimasak untuk tengaharinya.
Selesai BBQ yang mana nak meneruskan memancing pergi memancing. Yang mana dah bosan mula mencari bantal untuk melabuhkan badan. Sehingga jam 10 mlm masih tak ada ikan yang mengena joran Pak Wan Crew. Untuk tidak menghampakan Pak Wan Crew pekerja bot telah keluar memasang jaring di kawasan lubuk ikan yang tak diketahui. Hasil dari menjaring mereka membawa balik anak sebarau dan lampau cukup untuk dibuat asam tempoyak pada tengahari esoknya.
Hari Kedua - 14 Sept. 2014
Tidur semalam terasa begitu dingin dan nyenyak sekali hingga terlewat solat subuh hari ke 2. Syok tidur dalam kesejukan malam. Selimut yang dibawa dari rumah tak cukup untuk menutup rasa kesejukan.Aku berpindah dari anjung bot ke dalam bilik kerana kesejukan. Suasana pagi di tepi hutan ini adalah berkabus dan dingin. Rasa telah menghirup udara bersih dan ion-ion positive telah masuk ke tubuh dari alam semulajadi. Segar rasanya..
Hari ini aktiviti bermula dengan sarapan pagi hidangan roti, cekodok dan nasi lemak. Bot mula bergerak pada jam 8.30 pagi.dan rumah-rumah bot lain yang berhampiran turut meninggalkan tempat berlabuh. Destinasi dituju adalah singgah ke Pulau Herba sebelum berlabuh berhampiran Air Terjun Saok
Taman Herba adalah kawasan yang dimajukan oleh pihak KETENGAH sebagai taman yang menghimpunkan lebih 230 jenis herba pelbagai guna yang merangkumi ulaman, antioksidan, rawatan antiradang, dan rawatan penyakit. Kami diberi mencuba khasiat herba yang baru dimasak saperti tongkat ali, kacip fatimah dan misai kuching di Pondok Harmoni. Aku turut membeli sebungkus tongkat ali berharga RM20. Maklumat mudah diperolehi di taman ini kerana setiap tumbuhan ditanam dilabel dengan nama dan khasiatnya.
Selepas puas meninjau dan melihat tanaman herba di Pulau Herba bot bergerak meninggalkan Pulau Herba. Selepas 20 minit bot masuk ke kuala sungai kecil berhampiran rumah-rumah bot lain yang sedang berlabuh. Kelihatan air lebih jernih dan cetek berhampiran tebing dimana tali bot di ikat untuk bot berlabuh. Di atas bot apa lagi yang boleh dibuat oleh Pak Wan Crew pada pagi ini. Memancing dah tak seronok. Maka makan lah yang menyeronok. Ada hidangan gulai tempoyak ikan lampam dan sebarau, ada ubi rebus, ada nasi lemak, ada roti dan macam-macam lagi. Maka makanlah aku selepas makan. Melihat air jernih dan cetek di tempat bot berlabuh anak-anak hilang minat memancing. lebih baik terjun mandi lagi baik.
Melihat air tasik yang mengeluarkan buih secara bertompok-tompok takut juga aku nak mandi .Teringat aku kepada cerita hantu tasik kenyir yang bernama "Sulur Bidar". Tasik yang dikelilingi hutan rimba ini turut menyembunyikan pelbagai misteri dan mitos yang masih tidak terungkai sehingga kini.Selain kisah alam bunian, kelibat ular gergasi yang berenang dipermukaan tasik dan ikan tapah sebesar perahu yang menyambar monyet di dahan pokok, kewujudan mahkluk bernama Sulur Bidar sering diperkatakan.Sulur Bidar ini adalah mahkluk yang menyerupai hamparan tikar yang muncul melalui gelodak buih yang diikuti timbulnya daun-daun mati di permukaan air. Mahkluk yang saperti tikar ini sering muncul selepas hujan mempunyai empat kepala saperti kepala ular di setiap penjurunya. Ia menyerang dengan menterbalikkan bot sebelum menggulung dan menenggelamkan mangsa ke dasar tasik. Tapi oleh kerana aku ramai takut itu hilang dan kalau ada buih-buih di tasik itu sebenarnya proses pembebasan udara dari tumbuh-tumbuhan mereput yang merupakan hutan yang ditengelami air satu ketika dulu. Kisah Sulur Bidar itu hanya nak menakut-nakutkan saja dan kalau ada nanti aku lipat-lipat saja macam tikar. Maka bum!!!! terjun aku ke dalam tasik bersama anak-anak saudaraku.
Lepas habis mandi naik boat rasa lapar makan lagi. Memancing dah tak minat lagi. Sebelah petang pekerja bot bawa anak cucu Pak Wan ke Air Terjum Soak yang berdekatan.
Sebelah malam hari ke 2 kami adakan lagi majlis BBQ. Pada mulanya hujan renyai agak menjejaskan majlis BBQ, tapi bot ada menyediakan canvas berlindung daripada hujan. Maka majlis BBQ dapat di adakan dengan lancar
Majlis BBQ berakhir jam 10.00 dan makanan BBQ pun habis semua di makan. Lepas kemas-kemas masing-masing mencari bantal untuk tidur. Acik Aman, Abg Long mengisi masa larut malam melemparkan joran hinggalah ke subuh. Jam 3.00 pg. dapat se ekor ikan baung. Itulah satu-satu ikan yang dapat.
Hari Ketiga - 15 Sept 2014
.
Tanggal 13/09/2014 jam 5.40 pagi Pak Wan Crew yang disertai 5 keluarga Pak Wan termasuk Pak Wan sendiri, keluarga Kak Long, Abang Jam, Mak De, Acik Aman, Ucu, dan 2 bibik memulakan perjalanan dari Kuantan menaiki 5 kereta menuju ke Kuala Berang pada awal pagi selepas azan subuh di laungkan. Singgah solat subuh di Hentian Cheneh dan meneruskan perjalanan ke Tasik Kenyir melalui Ajil , memasuki LPT hingga ke Kuala Berang dan tiba di Pengkalan Gawi pada jam 9.30 pagi.
Berhenti solat subuh di Hentian Cheneh..
Sebaik tiba En. Zamri yang menguruskan tempahan bot dah sedia menunggu. Tanpa membuang masa kami menurunkan barang-barang makan dan peralatan yang di bawa ke bot. Tengok rumah bot wow!! bestnya besar dan selesa. Bila semua peralatan dah di bawa masuk dan crew-crew Pak Wan dan naik tanpa membuang masa bot bergerak meninggalkan Pengkalan Gawi.
Inilah crew-crew Pak Wan siap untuk memulakan pelayaran...
Rumah Bot yang selesa dan besar..
Dua tingkat, bilik tidur di atas, ruang rehat , dapur dan tandas di bawah..
Ruang rehat..ada Astro lagi...
Bilik tidur di atas...
Kami dah menyediakan bekal nasi lemak untuk minum pagi di bot. Betapa seronoknya menikmati minum pagi sambil bot bergerak menyusuri tasik Kenyir. Destinasi kami adalah berlabuh di Pulau Sah Kecil berhampiran Air Terjun Lasir di hari pertama dan berlabuh berhampiram Air Terjun Saok pada hari ke 2. Aktiviti akan di atur sebaik bot berlabuh.
Pak Wan menikmati kopi pagi dalam pelayaran.. Abang Long mengayakan topi barunya...
Pak Ucu menikmati nasi lemak minum pagi. Cowboy makan nasi lemak ke??
Sepanjang menyusuri laluan tasik menuju ke destinasi, aku menikmati pemandangan indah dengan kehijauan air tasik yang terbentang luas dipagari kehijauan hutan berbalam dengan bukit dan banjaran gunung jauh mata memandang.
Tasik Kenyir....
Tersentuh hatiku apabila fikiran menyelami ke dasar tasik membayangkan satu ketika dulu disitu ada 9 kampung. Kampung Melor, Keliok, Berching, Petang, Mentong, Melaka, Kuala Terenggan, Kerbak dan Belimbing hanya tinggal nama terbenam di dasar tasik dan dilupakan. Dulunya terdapat sawah padi dan kebun untuk bercucuik tanam. Kampung yang jauh di pendalaman memaksa penduduk bergantung sepenuhnya pada alam. Mahu beras tanam padi dan mahu ikan tangkap di sungai.Wang hanya bernilai untuk membeli garam dan pakaian di Kuala Terengganu. Sedikit demi sedikit penduduk di pindahkan sehinggalah siapnya Empangan Stesen Haidro Eleterik Sultan Mahmud pada tahun 1988. Sekatan air di empangan membanjiri kawasan seluas 2,600km persegi menenggelamkan semua kampung di laluannya dan mengubah puncak tanah tinggi menjadi pulau-pulau yang berjumlah 340 kesemuanya. Iulah sejarah Tasik Kenyir.
Anak cucu Pak Wan menikmati pemandangan atas bot, kalaulah bot tu brek!!!
Jam 11.30 pagi bot berlabuh di satu lokasi berjiran dengan rumah-rumah bot lain di Pulau Sah Kecil. Sebaik bot berlabuh anak cucu Pak Wan berebut-rebut melemparkan tali joran masing-masing. Lempar tarik, lempar tarik sehingga jenuh menunggu. Kaum ibu di dapur sibuk menyusun barang-barang makan dibawa dan apa yang hendak dimasak untuk tengaharinya.
Rumah bot yang sama-sama berlabuh
Ucu menyediakan menu istimewa!! Ubi rebus!!
Anak Cucu Pak Wan sibuk memancing..
Sehingga petang aktiviti memancing dan memasak terus berjalan sepanjang bot berlabuh. Mana-mana kaum bapa yang dah bosan memancing tanpa menaikan seekor ikan pun meletakan joran, melabuhkan badan berehat dan tidor.
Penat sangat agaknya!!!
Pak Ucu frust tak dapat ikan, lebih baik tido..
Adib masih senyum walau pun tido kerana happy sangat gi kenyir...Abg Izat dalam lamunan bila... aku nak kahwin....
Menjelang jam 5.00ptg. pekerja bot mengatur perjalanan ke Air Terjun Lasir menggunakan bot kecil. Air Terjun Lasir merupakan salah satu daripada 14 air terjun yang terdapat di Tasik Kenyir. Air terjun ini mencapai ketinggian 500 m dan merupakan destinasi popular di tasik Kenyir dengan landskap flora dan fauna .Anak cucu yang dah bosan memancing menyertai untuk mandi manda di air terjun.
Naik bot untuk ke Air Terjun Lasir..
Keseronokan kaum ibu dan anak-anak..
Inilah Puteri-Puteri bunian Tasik Kenyir yang sempat di rakam. Ada pulak goblin mengacau..
Anak anak seronok pulang dari air terjun, dah penat semua cari makan. Hidangan ubi rebus begitu menyelerakan. Kaum bapa yang bangun dari tidur juga mencari apa yang boleh dimakan di dapur . Semua lapar di tasik nii. Hanya ikan di air saja yang kenyang sebab masih belum pun menjamah umpan pancing. Menjelang malam tak ada seekor nyamok pun yang mengigit, suhu makin dingin bila malam berlabuh. Unggas dan ungka sayup-sayup kedengaran. Inilah suasana hutan yang ingin dirasai..Malam ini dah di atur BBQ dinner.
Mak De menyediakan bahan-bahan untuk BBQ...
Antara tarikan makanan untuk dipanggang...
Tonggak utama untuk majlis BBQ...
Keluarga Abang Jam
Suasana BBQ di malam pertama...
Ikan di jaring di lubuk ikan.. dimana tak tahu...
Menikmati suasana pagi di tasik Kenyir.....
Taman Herba adalah kawasan yang dimajukan oleh pihak KETENGAH sebagai taman yang menghimpunkan lebih 230 jenis herba pelbagai guna yang merangkumi ulaman, antioksidan, rawatan antiradang, dan rawatan penyakit. Kami diberi mencuba khasiat herba yang baru dimasak saperti tongkat ali, kacip fatimah dan misai kuching di Pondok Harmoni. Aku turut membeli sebungkus tongkat ali berharga RM20. Maklumat mudah diperolehi di taman ini kerana setiap tumbuhan ditanam dilabel dengan nama dan khasiatnya.
Mak De nak melawat ke Taman Herba...
Mak De mencuba minuman kacip fatimah yang direbus...
Selepas puas meninjau dan melihat tanaman herba di Pulau Herba bot bergerak meninggalkan Pulau Herba. Selepas 20 minit bot masuk ke kuala sungai kecil berhampiran rumah-rumah bot lain yang sedang berlabuh. Kelihatan air lebih jernih dan cetek berhampiran tebing dimana tali bot di ikat untuk bot berlabuh. Di atas bot apa lagi yang boleh dibuat oleh Pak Wan Crew pada pagi ini. Memancing dah tak seronok. Maka makan lah yang menyeronok. Ada hidangan gulai tempoyak ikan lampam dan sebarau, ada ubi rebus, ada nasi lemak, ada roti dan macam-macam lagi. Maka makanlah aku selepas makan. Melihat air jernih dan cetek di tempat bot berlabuh anak-anak hilang minat memancing. lebih baik terjun mandi lagi baik.
Melihat air tasik yang mengeluarkan buih secara bertompok-tompok takut juga aku nak mandi .Teringat aku kepada cerita hantu tasik kenyir yang bernama "Sulur Bidar". Tasik yang dikelilingi hutan rimba ini turut menyembunyikan pelbagai misteri dan mitos yang masih tidak terungkai sehingga kini.Selain kisah alam bunian, kelibat ular gergasi yang berenang dipermukaan tasik dan ikan tapah sebesar perahu yang menyambar monyet di dahan pokok, kewujudan mahkluk bernama Sulur Bidar sering diperkatakan.Sulur Bidar ini adalah mahkluk yang menyerupai hamparan tikar yang muncul melalui gelodak buih yang diikuti timbulnya daun-daun mati di permukaan air. Mahkluk yang saperti tikar ini sering muncul selepas hujan mempunyai empat kepala saperti kepala ular di setiap penjurunya. Ia menyerang dengan menterbalikkan bot sebelum menggulung dan menenggelamkan mangsa ke dasar tasik. Tapi oleh kerana aku ramai takut itu hilang dan kalau ada buih-buih di tasik itu sebenarnya proses pembebasan udara dari tumbuh-tumbuhan mereput yang merupakan hutan yang ditengelami air satu ketika dulu. Kisah Sulur Bidar itu hanya nak menakut-nakutkan saja dan kalau ada nanti aku lipat-lipat saja macam tikar. Maka bum!!!! terjun aku ke dalam tasik bersama anak-anak saudaraku.
Para ibu bapa mengawasi anak-anak mandi di tempat bot berlabuh
Abg Jam pun terjun juga..
Mandi bersama anak-anak saudaraku..
Pak Wan melihat anak cucu mandi manda..
Lepas habis mandi naik boat rasa lapar makan lagi. Memancing dah tak minat lagi. Sebelah petang pekerja bot bawa anak cucu Pak Wan ke Air Terjum Soak yang berdekatan.
Gembira cucu-cucu Pak Wan..
Kegembiraan di Air Terjun Saok...
Sebelah malam hari ke 2 kami adakan lagi majlis BBQ. Pada mulanya hujan renyai agak menjejaskan majlis BBQ, tapi bot ada menyediakan canvas berlindung daripada hujan. Maka majlis BBQ dapat di adakan dengan lancar
BBQ pada malam ke2. Seronok jugak....
Keluarga Abg Jam..
Cucu-cucu Pak Wan memberi pose istimewa di malam BBQ...
Ayah dengan anak...
Keluarga Pak Wan Crew menikmati hidangan BBQ...
Majlis BBQ berakhir jam 10.00 dan makanan BBQ pun habis semua di makan. Lepas kemas-kemas masing-masing mencari bantal untuk tidur. Acik Aman, Abg Long mengisi masa larut malam melemparkan joran hinggalah ke subuh. Jam 3.00 pg. dapat se ekor ikan baung. Itulah satu-satu ikan yang dapat.
Hari Ketiga - 15 Sept 2014
Pada esok paginya anak cucu Pak Wan meneruskan aktiviti terjun dan mandi di kawasan bot berlabuh. Cuaca
pagi memang sejuk tapi bila terjun ke tasik airnya panas, itu yang
seronoknya.Menjelang pukul 10.00 pagi bot mula melepaskan tali ikatan
dan meninggalkan tempat kami berlabuh menuju ke Pengkalan Gawi . Terasa
sayu hati meninggalkan tempat kami bersantai dan bergembira. Kami tiba
di Pengkalan Gawi jam 11.00 pagi. Selepas memunggah barang-barang kami
meninggalkan Pengkalan Gawi jam 12.00 tengahari.
Pak Wan mengemas beg untuk meninggalkan Rumah Bot...
Pak Wan Crew berposing kenangan sebelum meninggalkan Rumah Bot..
Ucapan terima kasih dan penghargaan daripada Dr. Zameri kepada Encik Zamri...
Sesungguhnya percutian di Tasik Kenyir ini memang menyeronokkan terutama cucu-cucu Pak Wan yang puas mandi manda di tasik dan di air terjun. Bagi anak-anak Pak Wan inilah masa untuk mempereratkan hubungan keluarga dan kemesraan adik beradik. Pak Wan memang gembira dengan percutian ini. Kami meninggalkan Tasik Kenyir berkonvoi ke Kuala Terengganu untuk membeli belah di Pasar Payang dan menikmati minum petang di Pantai Batu Buruk. Akhir perjalanan keluarga Pak Wan adalah ucapan perpisahan di Pantai Batu Buruk. Salam jumpa lagi di lain destinasi. Wassalam.
.