Friday, December 7, 2018

Kota Saigon, Vietnam

Pada 28 - 30 Nov 2014 aku  berkesempatan terbang ke Ho Chih Minh City (Saigon) Vietnam untuk lawatan dan cuti santai 3 hari 2 malam. Lawatan turut disertai keluarga Zamri seramai 6 orang termasuk baby Irfan berusia 6 bulan. Aku saperti biasa 3 orang disertai Sha dan Adam.

Sejarah Penjajahan Kuasa Besar di Vietnam
Vietnam mempunyai sejarah yang boleh dibanggakan oleh rakyatnya. Sejarahnya bermula semenjak 2,700 tahun dahulu iaitu  mulai tahun 111 sebelum masehi hinggalah berjaya mengusir keluar pengaruh Amerika pada tahun 1975. Dulunya sebelum abad ke 10 negara ini diperintah oleh China. Ia berjaya memperoleh autonominya pada  awal abad ke 10.Sepanjang sejarah lampaunya ia berjaya mempertahan dari menjadi jajah takluk China dengan menghantar ufti sehinggalah pertengahan abad ke 19 negara ini dijajah pula oleh kuasa barat  Perancis. Dalam Perang Dunia Ke 2, Jepun berjaya menghalau Perancis sehinggalah berakhirnya perang. Kemudian Perancis datang kembali dan ini telah membangkitkan nasionalisma bangsa Vietnam menentang Perancis sehingga menyebabkan negara ini terbahagi 2 iaitu Vietnam Utara dibawah pengaruh China dan Soviet yang komunis dan Vietnam Selatan dibawah pengaruh barat. Kota Saigon adalah kota dibawah kuasa barat yang menyaksikan jatuhnya kuasa  barat Amerika di bumi Vietnam.

Perang Dingin antara blok komunis yang diketuai Soviet dengan pihak barat diketuai Amerika telah menjadikan Vietnam   sebagai medan menguji kekuatan pengaruh antara 2 blok kuasa besar dunia. Kesannya menyebabkan berlakunya perang Vietnam yang telah mengorbankan hampir 4 juta rakyat Vietnam antara  tahun 1958 -1975. Melihat kesan tinggalan perang memberi betapa deritanya bangsa ini melawan penjajah dan betapa gigihnya semangat perjuangan mereka sehingga kuasa besar Amerika lari meninggalkan bumi Vietnam meskipun memiliki senjata yang canggih. Semangat, keberanian dan kepintaran adalah menjadi asas kemenangan tidak kira betapa moden senjata yang digunakan. Bangsa Vietnam boleh menjadi bangsa yang dihormati  di bumi ini pada masa  akan datang sekiranya semangat yang ditunjukan dalam perang boleh diasimilasikan di bidang ekonomi. Sungguhpun kerajaan sekarang adalah kerajaan komunis tetapi pada tahun 1986 , Parti komunis Vietnam telah mengubah dasar ekonominya dengan pembaharuan sektor swasta yang sama saperti mana berlaku di China. Sejak 1980an negara ini telah menikmati pertumbuhan ekonomi yang cukup besar. Dulunya hanya basikal yang menguasai di jalan-jalan raya tetapi kini jalanrayanya penuh dengan motorsikal dan kenderaan.

 Ho Chih Minh City pesat membangun dalam abad ke 20


Dulu dan sekarang Kota Saigon

Hari Pertama 28 Novovember 2014