Monday, January 6, 2014

Istanbul Aku Datang!

Pada 18 Nov 2014 lalu aku bersama keluarga membuat lawatan ke Istanbul, Kota tamadun Islam yang agung di zaman Uthmanniyah.Sebelumnya orang kata pergilah Istanbul kotanya cantik! Jadi aku plan beli tiket masa MATTA fair pada bulan Mac 2014 dapat harga murah pergi bulan Nov. Sampai di Istanbul jam 6.00 pagi. Hotel aku book boleh masuk jam 2.00 ptg. Dari airport aku naik teksi cekik darah kena L90.Biasa L40.00 saja. Tapi takpalah kerana pertama kali, lagipun sejuk pada awal pg. Sampai di Ayasultan hotel letak beg aku cari breakfirst. Aku dan famili datang santai je macam kat Malaysia, tak prepare baju sejuk. Sejuknya dalam 8C. Aku datang memang nak cari sejuk jadi santai aje sarapan kat outdoor tanpa baju sejuk. Turkish tengok semacam aje pada aku dan famili duduk kat luar sambil makan. Kalau nak lihat keagungan Islam Turki memang tempat terbaik untuk melancung. Kota yang terletak antara benua Asia dan Eropah ini mempunyai sejarah bermula dari zaman Babylon hingga ke zaman Kamal Artatuk. Sejarahnya boleh di galur dari tahun sebelum masihi hinggalah ke abad ke 15 masihi. Memang panjang tak sempat nak faham dalam 6hari 5 malam lawatan aku. Aku kagum dengan Topkapi Palace,Haya Sophia, Masjid Biru, Grand Bazaar dan Selat Bhoporus.

Baru sampai di Artartuk Airport

Minum kopi turkey dengan udara 8C pekena rokok syoknya..

Dengan mem berlatarbelakang Hagia Sofia

Dinner pekena kebab dgn Adam

My family, Kiki tak ikut

Kena juga beli jaket sebab tak boleh tahan sejuk!

Grand Bazaar

Hagia Sofia

Blue Mosque


Hotel Penginapan